Jenis Pinjaman Peribadi di Malaysia – Baca Sebelum Anda Mohon Loan

calendar-range
Dikirim 24/11/2017
(dikemaskini 21/12/2023)
jenis pinjaman peribadi bank

Ada berapa jenis pinjaman peribadi, di Malaysia? Sebelum ini saya telah menulis pengenalan pinjaman peribadi, dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pinjaman peribadi – pada artikel ini. Topik kali ini adalah lanjutan daripada artikel tersebut.

Jika anda masih belum membaca artikel tersebut, klik di sini dan baca dahulu sebelum anda baca topik kali ni.

Topik kali ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang jenis pinjaman peribadi di Malaysia.

Jenis-Jenis Pinjaman Peribadi di Malaysia

Sebelum anda berfikir untuk membuat pinjaman peribadi, atau sebarang pinjaman, anda perlu tahu terlebih dahulu apakah jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank di Malaysia.

Selain dari pinjaman jenis “secured loan” dan “unsecured loan” seperti yang dibincangkan dalam artikel lepas, terdapat beberapa kategori pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank.

Berikut ialah jenis-jenis pinjaman peribadi di Malaysia.

Pinjaman Peribadi Tradisional

Jenis pinjaman peribadi ini adalah pinjaman peribadi yang selalu dimohon di Malaysia. Ini adalah pinjaman peribadi yang dibincangkan dalam artikel lepas. Pinjaman peribadi tradisional dibahagikan kepada pinjaman bercagar dan pinjaman tidak bercagar.

Pinjaman bercagar adalah pinjaman peribadi yang memerlukan cagaran atau penjamin dan pinjaman tidak bercagar tidak memerlukan cagaran atau penjamin.

Jumlah pembiayaan jenis pinjaman peribadi ini adalah mengikut jenis pakej bank – boleh bermula serendah RM1,000 sehingga mencecah RM200,000. Tempoh pembiayaan juga mengikut jenis bank, antara 1 hingga 7 tahun.

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang pakej pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank di laman pinjaman peribadi bank.

Pinjaman Perumahan

Mendapatkan pinjaman perumahan pada masa sekarang tidak sesukar yang anda sangkakan. Rata-rata menawarkan syarat pembiayaan perumahan yang lebih fleksibel – tidak seperti dahulu.

jenis pinjaman peribadi pinjaman perumahan

Ini kerana ramai yang membuat pinjaman perumahan bukan sekadar untuk membeli rumah baru, tetapi juga untuk mengubahsuai rumah atau penambahbaikan.

Walaupun syarat-syarat pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank pada masa sekarang sangat menarik, anda masih perlu berhati-hati dan buat “homework”.

Kaji semula tempoh pembiayaan yang ditawarkan. Adakah 20 hingga 30 tahun tempoh pembiayaan tersebut sesuai dengan kewangan anda?

Pinjaman Kenderaan

Jenis pinjaman peribadi ini termasuk dalam kategori “hire purchase”, atau sewa beli. Seperti juga pinjaman perumahan, kebanyakan bank menawarkan ciri-ciri yang menarik untuk pinjaman kereta, ataupun pinjaman motosikal.

Anda boleh mendapatkan kereta atau motor idaman anda hanya dengan membayar 10% dari harga kenderaan sebagai wang pendahuluan. Jumlah deposit ini lebih rendah berbanding suatu masa dahulu, di mana peminjam perlu membayar sekurang-kurangnya 20% sebagai wang deposit.

Tempoh pembiayaan juga telah dilanjutkan sehingga 9 tahun oleh pihak bank.

Walaupun membayar 10% sebagai wang pendahuluan boleh buat anda pejam mata, anda perlu lihat sama kadar faedah pinjaman kenderaan tersebut.

Dalam erti kata lain, jika anda mampu lebih baik anda bayar wang deposit yang lebih tinggi. Anda mungkin terkejut selepas anda kira berapa nilai faedah yang anda boleh kurangkan hanya dengan membayar deposit yang tinggi.

Ketiga-tiga jenis pinjaman peribadi bank ini adalah antara pinjaman peribadi yang selalu dimohon di Malaysia.

Pilih Jenis Pinjaman Yang Sesuai

Jenis-jenis pinjaman peribadi bank yang dinyatakan di atas sudah jelas, dan sesuai untuk kategori masing-masing.

Sebagai contoh, nak beli rumah mestilah anda buat pinjaman perumahan. Begitu juga kalau nak beli kereta, pinjaman kenderaan adalah pinjaman yang sesuai.

Tetapi anda jangan terkejut jika saya katakan ramai yang masih keliru antara jenis-jenis pinjaman ini.

Pihak kami menerima banyak permohonan yang lari kategori pinjaman. Ada pemohon yang nak beli kereta, tapi mohon pinjaman peribadi tradisional (yang pihak kami uruskan).

Sudah tentu ini tak sesuai kerana jumlah pinjaman yang ingin dimohon, dan kadar faedah yang lebih tinggi.

Contoh nak beli kereta harga RM70,000. Untuk mohon pinjaman peribadi tradisional, perlu gaji bersih sekurang-kurangnya RM7000 ke atas. Tapi untuk pinjaman kenderaan gaji bersih yang diperlukan hanya 3 kali ganda dari bayaran bulanan pinjaman.

Untuk pinjaman kenderaan, jika bayaran bulanan kereta RM600 sebulan, gaji bersih yang layak ialah RM1800 sebulan (600 x 3).

Jadi, pastikan anda memilih pinjaman peribadi yang sesuai untuk keperluan anda. Baca tip dan panduan di laman web ini untuk membantu.

Atau jika anda nak mohon pinjaman peribadi melalui pihak kami, semak kelayakan anda dahulu untuk tahu anda layak atau tidak untuk memohon. Klik di sini untuk semak kelayakan.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

18 Comments
Inline Feedbacks
View all comments