Pinjaman Peribadi Untuk Gaji Tunai – Gaji Cash Boleh Memohon?

calendar-range
Dikirim 29/11/2017
(dikemaskini 21/12/2023)
pinjaman peribadi untuk gaji tunai

Pinjaman Peribadi Untuk Gaji Tunai – Gaji Cash Boleh Memohon? Gaji tunai boleh ke memohon pinjaman peribadi bank? Ramai yang bertanya kepada pihak kami mereka dibayar secara cash/tunai, boleh ke nak buat personal loan bank.

Jawapannya boleh.

Tetapi walaupun gaji anda dibayar secara tunai, pihak bank masih perlukan beberapa dokumen yang akan membantu permohonan personal loan anda.

pinjaman peribadi untuk gaji tunai kira duit

Gaji Cash Nak Buat Pinjaman Peribadi Bank

Sebelum ini ramai individu dengan gaji tunai yang memohon personal loan bank dengan pihak kami. Sebenarnya tiada masalah untuk memohon pinjaman peribadi untuk gaji tunai.

Masalah timbul apabila tidak ada dokumen sokongan untuk mengesahkan gaji tersebut.

Cuba letak diri anda di pihak bank. Jika anda mendakwa anda dibayar secara tunai sebanyak RM10,000 setiap bulan – bagaimana pihak bank nak tahu sama ada anda bercakap benar atau tidak?

Pinjaman peribadi yang termasuk dalam kategori pinjaman tidak bercagar (unsecured loan) tidak memerlukan cagaran, penjamin mahupun pengesahan majikan.

Oleh itu bank perlu menanggung risiko sekiranya peminjam tidak membayar pinjaman yang diluluskan.

Walaupun syarat-syarat untuk membuat pinjaman tidak ketat seperti pinjaman bercagar, bank masih memerlukan dokumen untuk mengesahkan dakwaan gaji anda.

Dokumen Yang Diperlukan Bank Untuk Gaji Tunai

Untuk pemohon pinjaman peribadi tidak bercagar atau unsecured personal loan yang bergaji tunai, bank memerlukan dokumen tambahan berikut:

  1. Baucar gaji/slip gaji 6 bulan
  2. Caruman EPF sekurang-kurangnya 6 bulan caruman.

Itu sahaja.

Kalau ada baucar/slip gaji tapi tak ada caruman EPF boleh memohon tak? Jawapannya tak boleh.

Selain baucar atau slip gaji, caruman EPF tersebut adalah salah satu cara untuk bank membuat pengesahan terhadap jumlah gaji anda.

Anda pasti terkejut jika saya beritahu anda berapa banyak cubaan menipu dokumen yang kami terima setiap hari untuk permohonan personal loan bank.

Jadi, caruman EPF adalah dokumen tambahan yang kuat yang boleh memudahkan permohonan pinjaman peribadi anda diluluskan bank.

Bagaimana pula jika ada caruman EPF tapi tak ada baucar/slip gaji? Ini tak menjadi masalah besar anda boleh suruh majikan anda keluarkan baucar gaji untuk anda.

Setengah majikan malas nak keluarkan slip/baucar gaji bulanan untuk pekerja mereka sekiranya dibayar dengan pekerja bergaji tunai.

Kenapa Susah Nak Buat Pinjaman Peribadi Untuk Gaji Tunai

Betul ke susah gaji cash nak buat pinjaman peribadi bank? Tak susah sekiranya dokumen anda lengkap. Proses memohon pinjaman peribadi untuk gaji tunai sama seperti mereka dengan gaji dibayar ke bank.

Bagi mana-mana Institusi Kewangan, termasuk bank – dokumen adalah segalanya untuk urusan mereka. Oleh itu mereka sangat menitikberatkan dokumen pemohon.

Kadang-kadang kalau dokumen tak jelas pun permohonan anda boleh di’reject’ oleh pihak bank.

Jika dokumen anda cantik dan lengkap, tiada masalah untuk memohon personal loan bank dan lulus.

Bagaimana pula jika yang bekerja sendiri dan mengambil gaji tunai?

Bekerja Sendiri dan Gaji Tunai

Ini adalah masalah yang sedikit sukar. Untuk memohon pinjaman peribadi bank tidak bercagar, anda perlu tergolong dalam lima kategori berikut:

  1. Pekerja sektor swasta – ada slip/baucar gaji, gaji dibayar ke bank dan ada caruman EPF.
  2. Pekerja sektor swasta – ada slip/baucar gaji, gaji tunai dan ada caruman EPF.
  3. Pekerja sektor swasta – ada slip/baucar gaji, gaji dibayar ke bank tiada caruman EPF.
  4. Pekerja kerajaan (tetap atau kontrak) – ada slip gaji, gaji dibayar ke bank.
  5. Berniaga – ada perniagaan yang didaftarkan dengan SSM, ada akaun bank syarikat.

Jadi jika anda tidak tergolong dalam lima golongan yang diberikan kat atas, dukacita saya maklumkan anda tidak layak untuk memohon pinjaman peribadi bank tidak bercagar.

Pihak kami pun tidak dapat membantu anda sekiranya anda tidak tergolong dalam lima kategori yang saya beri kat atas.

Ada Agen Yang Cakap Boleh ‘Adjust’

Berhati-hati jika anda bertemu dengan pihak yang mengaku boleh membantu walaupun anda tak tergolong dalam kategori di atas.

Besar kemungkinan anda akan dikenakan bayaran pendahuluan atau bayaran ‘upfront’ untuk servis mereka. Dan, besar kemungkinan mereka tak submit pun permohonan anda kepada pihak bank.

Jika mereka submit pun, secara terang-terangan permohonan  anda akan ditolak oleh pihak bank.

Jadi, anda hanya bayar wang pendahuluan yang tinggi, tapi apa pun tak dapat.

Pihak kami menerima ramai pemohon yang pernah terkena dengan pihak-pihak yang tak bertanggungjawab ni. Ada yang sampai takut nak mohon pinjaman peribadi sebab dah banyak kali terkena.

Cuba Mohon Dengan Kami

Kami tak kenakan sebarang wang pendahuluan atau ‘upfront’. Jika pinjaman anda lulus baru kami kenakan sedikit caj perkhidmatan. Itu pun dari jumlah yang masuk ke dalam akaun anda, bukan dari jumlah lulus.

Malah, jika anda nak berbincang, nak minta nasihat pihak kami dan nak mohon sendiri pinjaman anda, tak ada masalah. Kami beri khidmat nasihat percuma.

Anda cuma perlu semak kelayakan memohon anda melalui borang yang kami sediakan di laman web ini, dan pihak kami akan hubungi anda semula sekiranya anda layak untuk memohon.

Update

Pihak kami tidak lagi menyediakan perkhidmatan memohon pinjaman peribadi bank. Walau bagaimanapun, pihak kami telah bekerjasama dengan agensi lain untuk memudahkan anda mohon pinjaman peribadi secara online.

Anda cuma perlu pilih pinjaman peribadi yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Semak Kelayakan yang kami sediakan dan baca lebih lanjut pada laman pinjaman tersebut untuk mohon secara online tanpa perlu walk-in ke bank.

Klik di sini untuk semak kelayakan mohon pinjaman peribadi

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

89 Comments
Inline Feedbacks
View all comments