Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Tarikan Alam Semulajadi di Kuala Lumpur

Walaupun Kuala Lumpur merupakan sebuah kotaraya yang pesat dengan pembangunan namun tidak bermakna di sini tiada langsung destinasi pelancongan yang bercirikan alam semulajadi samaada tarikan hutan, taman rekreasi bertasik dan sebagainya.

Di bawah merupakan beberapa tempat menarik di KL yang boleh dikira sebagai tarikan alam semulajadi. Destinasi ini memang sesuai untuk santai-santai dan lepak melihat pemandangan hijau atau mungkin beriadah bersama keluarga untuk keluarkan peluh.


Hutan Simpan Bukit Nanas

tempat menarik alam sekitar kl

Juga dikenali sebagai Taman Eko Rimba KL, hutan simpan ini merupakan satu-satunya destinasi hutan semuljadi yang boleh anda kunjungi di Kuala Lumpur. Berada di sini memang terasa seperti anda berjalan di hutan lipur di kawasan pedalaman kerana suasananya yang redup dipayungi pokok-pokok hijau yang meninggi. Terdapat trek jalan kaki dan juga canopy walk untuk kemudahan pengunjung bergerak.


Taman Tasik Perdana

tarikan alam semulajadi kuala lumpur

Destinasi taman rekreasi bertasik yang paling popular yang ada di Kuala Lumpur dan kini destinasi ini lebih dikenali dengan nama Taman Botani Perdana. Landskap dan kemudahan di taman ini dibina khas untuk warga kota melakukan aktiviti santai petang samaada jogging atau lepak-lepak petang bersama anak-anak. Terdapat juga playground atau taman permainan yang agak besar yang pasti membuatkan anak-anak teruja. Di tasiknya pula anda boleh bermain paddle boat atau mencuba untuk berjalan di atas air dengan permainan yang diberi nama Unexs Waterball. Tidak jauh dari sini anda boleh melihat dua jenis binatang eksotik iaitu kancil dan rusa di Taman Rusa dan Kancil yang boleh dikunjungi secara percuma.


Taman KLCC Park

taman rekreasi kuala lumpur

Taman ini memang agak unik kerana ianya merupakan taman yang boleh dikatakan buatan manusia kerana wujudnya selepas adanya KLCC Mall dan Menara Berkembar Petronas. Taman KLCC ini memang sesuai untuk aktiviti santai petang atau bersenam. Di sini juga terdapat sebuah symphony lake yang menempatkan tasik dan air pancut berwarna warni. Menjelang petang dan malam, memang ramai yang lepak-lepak di tepi tasik ini untuk rehatkan minda selepas seharian penat berkerja.


Taman Tasik Titiwangsa

taman tasik titiwangsan kl

Satu lagi taman bertasik yang tidak kurang popularnya di Kuala Lumpur yang juga menempatkan kemudahan seperti trek jalan kaki berbata, trek kereta kawalan jauh dan juga beberapa aktiviti sukan air yang boleh dicuba seperti berkanu/ paddle boat. Pada waktu malamnya pula, Taman Tasik Titiwangsa juga sering menjadi pilihan muda mudi dan berkeluarga untuk lepak-lepak santai.


Taman Orkid

taman bunga orkid kuala lumpur

Terletak tidak jauh dari Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park). Di sini menempatkan ribuan bunga orkid yang berwarna warni dan sesuai untuk dilawati bersama keluarga. Dan yang lebih menariknya, tiada bayaran untuk tiket masuk dikenakan dan anda juga boleh membeli bunga-bunga yang ada di sini di gerai yang disediakan di dalam taman ini.


Taman Metropolitan Kepong

taman metropolitan kepong kl

Kawasan ini lebih kepada sebuah taman riadah dan rekreasi yang terletak ke arah utara bandaraya KL. Seperti juga di taman rekreasi lain, di sini juga menempatkan kemudahan asas yang baik untuk pengunjung seperti kawasan bersenam, trek basikal, trek jalan kaki dan juga playgorund/taman permainan yang agak besar.


Taman Tasik Permaisuri

taman tasik permaisuri kl

Taman rekreasi ini memang cukup meriah pada waktu pagi dengan warga kota datang ke sini untuk bersenam dan jogging. Di sini juga terdapat tasik dengan susunan landskap yang mendamaikan dan sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga.


Kalau anda bercuti di Kuala Lumpur dan inginkan destinasi-destinasi percutian yang percuma dan menenangkan jiwa jangan lupa untuk membawa keluarga berkunjung ke destinasi-destinasi seperti di atas. Wassalam.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10 Tempat Popular Pilihan Pencinta Street Food Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal dengan pelbagai tempat tarikan yang boleh dikunjungi untuk bersantai, malahan, bandar metropolitan ini juga sebenarnya sarat dengan pelbagai tempat...

55+ Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang POPULAR Untuk Dilawati

Kuala Lumpur, ibu kota negara tercinta Malaysia menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik untuk kita terokai. Walaupun saiz geografinya tidaklah sebesar majoriti negeri-negeri lain di...

7 Perkhidmatan Van Sewa di Kuala Lumpur yang Terbaik dan Murah

Sedang mencari perkhidmatan van sewa di Kuala Lumpur? Sama ada untuk membawa penumpang mahupun barang, van merupakan kenderaan yang sesuai untuk pelbagai tujuan. Ia...

Top 10 Kereta Sewa di KL Yang Berkualiti & Murah

Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan merupakan bandar metropolitan yang padat dengan pencakar langit dan tempat-tempat menarik. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan...

Masakan Cina Halal di De Templer

Kebanyakan orang Melayu yang beragama Islam memang agak ragu-ragu nak masuk restoran cina sebab was-was dengan kehalalan masakan mereka. Seperti jugak CD dulu-dulu, memang...

10 Homestay di Kuala Lumpur yang Selesa untuk Didiami

Bila sebut saja cuti sekolah, perkara pertama yang hadir dalam kepala mestilah nak bercuti bawa family, saudara mara atau rakan-rakan berjalan. Tapi, persoalan pertama...

4 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
jabetson
jabetson
7 years ago

HALO, SAYA JABET DARI INDONESIA, RENCANA MAU KE SINGAPORE DAN DARI SINGAPORE MAU NAIK BUS KE MALAYSIA. BUS STATIONNYA DI MALAYSIA NAMANYA APA? DAN BERAPA LAMA DI PERJALANAN ( DARI SINGAPORE KE MALAYSIA)

TERIMAKASIH,
JABET

Arman Ahmad
Arman Ahmad
7 years ago

Wow best nyaaaa,,saya suka

syg nonoe
syg nonoe
7 years ago

Taman Burung dan Tama Rama- Rama pun ok .

Hubungi Kami

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x